​MASALAH BULU KUCING GUGUR

Masalah bulu kucing yang melekat pada baju, sofa, permaidani dan sebagainya adalah perkara biasa. Tetapi amat merisaukan hati apa bila masalah tersebut makin menjadi-jadi. Masalah keguguran pada bulu kucing sering terjadi terutama pada kucing yang berbulu lebat dan panjang.

kucing.png
Tahukah kamu apakah yang menyebabkan terjadinya masalah keguguran bulu kucing? Kebiasaannya Kucing akan mengalami keguguran bulu sebanyak setahun sekali dan diikuti serentak dengan pertumbuhan bulu-bulu yang baru. Tetapi ada juga kucing yang mengalami dua kali setahun dengan jumlah yang tidak terlalu banyak.
Sebab-sebab yang lain adalah seperti Kekurangan nutrisi, kelebihan vitamin juga adalah salah satu penyebabnya. Selain itu suhu kandang atau tempat tinggal kucing terlalu panas juga boleh menyebabkan keguguran bulu kucing, pemilihan syampu sangat penting. Syampu yang tidak sesuai boleh menyebabkan keguguran bulu kucing. selain itu kutu, tungau dan kulat juga adalah musuh utama pada kucing.

Seperti manusia kucing juga mempunyai gangguan hormon, ini juga adalah salah satu penyebabnya. Alahan pada ubat dan gangguan antibodi yang tidak kuat juga membolehkan masalah bulu kucing gugur.

  • Terdapat banyak faktor kenapa bulu kucing gugur

1. Kutu/Lices

lice_lifecycle.png

Lazimnya kucing akan gatal dan menggaru dengan tahap maksima, menyebabkan bulunya gugur
2. Fungus

Ginger Boy 2.jpg

contoh fungus kat kucing

Fungus kelihatan seperti debu yang boleh menyebabkan sel2 pada bulu kucing mati.
3. Kekurangan Protein dan Vitamins

harga-vitamin-kucing.png

Makanan yang berasaskan meat by products mempunyai kandungan protien yang sedikit..Kucing memerlukan protien untuk membina kulit dan bulu yang sihat…
4. Bulu Kering

downldoad-41-e1435890507652.jpg

 

 

Lazimnya ia disebabkan kekurangan minyak pada bulu dan juga pengunaan syampoo yang berlebihan

 

 
5. Stress

Cara-Menenangkan-Kucing-Stress.jpg

 

Kadangkala kucing mengalami stress samada persekitaran atau kehadiran kucing lain. Ia lazimnya akan grooming dirinya secara keterlaluan atau menggaru sehingga bulu tanggal.

Pastikan apa yang menyebabkan kucing stress dan take care of it.

 
6. Dry Skin

thumb_jenis-vaksin-yang-harus-diberikan-pada-kucing-yang-diadopsi__334f09547c9425b216fccf8c0579db78.jpg

Dry skin lazimnya berpunca dari pemakanan. Boleh bagitau apa jenis makanan u beri pada kucing u?. Makanan berkualiti murah lazimnya mengandungi kadar garam dan meat-by-products yang tinggi yang mana menjadikan kulit kucing kering dan gagal menghasilkan minyak bagi menjadikan bulu kucing lembab. Ia boleh dilihat dari warna bulu kucing yang pudar, kering, kucing lazimnya menggaru dan menjilat dengan lebih kerap. Jika kita menyikat bulu kucing ia lazimnya keluar dengan banyak.
7. Penyakit kulit

Kutu (fleas), hama (lices) yang mengigit kucing boleh menjadikan kulit kucing tidak sihat dan bulunya mudah tanggal. Anda boleh melihat kutu dengan adanya kutu atau bintik-bintik hitam pada bulu, manakala lices bintik halus berwarna hitam..dan jika diperhatikan dengan teliti ia akan bergerak..lazimnya pada bahagian ruff (bulu leher). Bagi kucing yang alah (allergic) pada kutu ia akan menyebabkan penyakit lain seperti kudis dan kurap. Ini akan menyebabkan bulu tertanggal dengan mudah.

DSC_1739.JPG
#share jika bermanfaat

 

Advertisements

“Dah 2tahun dah berlalu…”

“Dah 2tahun dah berlalu…
#2tahun yang lalu,kita mengenali #Mee #Chok.. Anak yang ditemui didalam tong sampah dalam keadaan perut terburai..

“Menurut abg Ismail… punca perut dia terburai…
Awalnya dibuang oleh tuan asal kat tepi jalan..bila dah keseorangan,dia diserang oleh kucing liar dijalanan..itu yang terburai isi perut dia..tapi alhamdulillah selepas dijumpai,dirawat, diberi kasih sayang, dan sekarang dia membesar dengan baik…”
tengok gambar sampai habis ya


Via Muhammad Ismail Mohd Yusof

19420814_437099049987422_665045391034216462_n

19420754_437099113320749_8506498861801761307_n


.19420837_437099139987413_1476939094602910666_n

19400053_437099189987408_4095945543850084569_n

19397124_437099176654076_7483428915121203776_n

Tips penjagaan kucing

1) Kuku

images (2)

Kuku kucing haruslah di potong dari masa ke semasa. Ader orang cakap susah nak potong pasal kucing tu tak leh duduk diam nanti tersalah potong pulak.. Jangan takut.. Sekarang zaman modern, ader pengetip kuku untuk kucing (jangan pakai nailclipper korang lak).. Senang jer, juz press on the toes jadik kuku dier terkeluar & clip nails’ ends.. Tapi kalau korang tak nak potongkan kuku cat-cat korang, nanti kalau dah panjang & curved… korang nyer carpet, sofa mesti kener kikis nyer.. kwa kwa… 🤣 🤣

 

 

2) Ears and Eyes

tidur-dengan-kucing.jpg

You all ader perasan tak kadang2 ur cat scratchin its own telinga.. You noe why? Pasal korang tak bersihkan telinga cat-cat tuu.. it turns from grease deposits to black deposits & this indicates ear mites! Aiyo! Cialat leh! So kalau ader nampak hitam2 sikit kat telinga ur cat, bersihkan lah secepat mungkin.. Tapi jangan pulak you all main poke jer the ears.. use cotton bud ngan sikit baby oil, clean slowly.. Nak bersihkan mata pung samer jugak.. Jangan sembarang jer tonyo kat mata cat-cat tu pakai kuku.. Tapi kalau takut sangat, pergi jumpa vet daa..

 

 

3) Gigi

index8

Gigi kucing pung important jugak tau.. Kalau tak jaga, will get gum disease & in severe cases gigi leh tanggal lah beb! You can get those dental biscuit treats & chews from pet shop bukan toothbrush eh! Can’t imagine kucing berus gigi.. hehehh..

 

4) Bulu Pendek & Panjang

k5.png

It’s obvious nak jaga bulu kucing yang pendek lebih easy dari yang panjang. For bulu yang pendek, pakai narrow toothed steel comb (sikat yang tak renggang giginyer) untuk sikat the dirt away.. This way, the bulu tak banyak gugur.. So you can maintain the shiny soft cat hair. Tapi cats yang berbulu panjang, it’s beta for you guys to go to the vet & groom them for the 1st time baru leh buy the brush for future maintenance. Make sure takde bulu terkusut, so dari kitten mesti jaga the bulu oready.. Bistu when the cat licks its own body, mostly it will cause them to get fur balls. N

 

5) Bathing

kucing-nak-mandi-comel-6-640x480.jpg

Most cats tak suker mandi tapi do you noe it sometimes benefits the cat? Korang kener mandikan ngan warm water & gunakan shampoo khas untuk kucing (Jangan Loreal Coloring Shampoo lak). Okay, mula-mula korang soak the fur but avoid the head area espeacially kener jaga jangan masuk air kat telinga. Kalau kiasu, sumbatkan telinga ngan cotton wool lah.. Lepas tu apply the shampoo on the fur in a massaging movement. *meow* Nie part kucing mesti suker nyer.. Rinse out thoroughly sampai bersih.. You can use a towel to clean its face & towel dry your cat. Korang leh pakai hair dryer – for Persian & semi-long hair breeds is a must…especially kat perut kucing tuu… Yang bulu pendek, kasi dorang lari2 & lick itself lah & it will kering sendrik naturally…

Okay the last thing.. make sure your cat-cat takde fleas!! Lepakkan dah susah payah jaga & bersihkan your kucing bistu ader fleas.. So hopefully these tips will help you all first-timer or not, to carefully pay attention to your cats! Enjoy! *meow*

kucing-comel.jpg

Tips Menjaga Anak Kucing Yang Di Tinggalkan Ibu…sob3…

18556346_1875185562748144_5515202617280428442_n

Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya mempunyai kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan dipelihara oleh manusia. Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan beberapa kekecewaan. Tetapi jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga anak kucing yatim piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang sihat.

 

Untuk itu kita akan melihat secara ringkas perkara-perkara yang perlu anda lakukan jika menjaga anak kucing yang ditinggalkan ibu.

 

Bagi Makanan Pada Si Comel

kucing-makan-lucu

Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap 2-3 jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperolehi di klinik vetrinar dengan pelbagai jenama.

 

Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing (saiznya kecil). Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia.

 

Bantu Si Comel Untuk Berak dan Kencing

IMG_20151102_094118

 

Ya, berak dan kencing, saya tak tahu tajuk apa yang sesuai tetapi dua perkataan itu adalah sangat tepat..hehe. Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.

 

Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini. Tak la, saya bergurau sahaja. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga suam dan basah). Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas menyusu.

 

Si Comel Perlu Selamat & Selesa

pengobatan-cacing-pita-pada-kucing (1)

 

Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).

 

Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat, adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.

 

Anak kucing yatim diberi makanan pejal seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu. Pengenalan kepada penggunaan kotak najis juga digalakkan pada ketika umur ini.

 

Masalah perilaku memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar. Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.

 

Kucing lain akan mengajar ‘budi bahasa’ dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan ‘kepimpinan melalui tauladan’. Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran ‘budi bahasa’ seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membentuk perilaku yang baik. Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.

kucing-4